Rabu, 27 Oktober 2010

membeli barangan seludup hukumnya haram-TGNA

Beli barang seludup ‘berdosa’-Tok Guru Nik Aziz (TGNA)

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan umat Islam seluruh Malaysia supaya jangan terlalu taksub untuk membeli barangan seludup sebagai persiapan menyambut Aidilfitri kerana ianya merupakan suatu dosa. Beliau berkata mereka yang membeli barangan seludup diketegorikan bersuhabat kerana menyokong serta membantu kegiatan perniagaan yang menggunakan jalan yang salah dari segi undang – undang.

“Orang yang menyeludup dan terima barang seludup ingin mendapat keuntungan dan keselesaan secara haram. Nak buat apa terima duit sehingga perut kenyang tetapi kemudian masuk neraka,” katanya. Nik Aziz berkata barangan seludup mungkin menarik perhatian orang ramai kerana harganya yang lebih murah namun ianya ditegah kerana merbahaya serta mampu mengancam ekonomi. –the people’s portal
SIAPA TOK GURU DATUK NIK ABDUL AZIZ?

Tenang, warak, penyabar dan pemurah adalah merupakan ciri-ciri utama yang terkandung di dalam peribadi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang ke-5.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz adalah seorang ulama dan tokoh politik tanahair yang tidak asing lagi sejak lebih tiga dekad yang lalu. Tidak syak lagi, beliau adalah satu-satunya tokoh politik yang paling komited dan paling gigih memperjuangkan Islam sebagai ad-Deen yang perlu ditegakkan di negara ini.

Alhamdulillah, berkat kesabaran, kegigihan dan komitmennya yang total di dalam perjuangannya itu, akhirnya fajar kejayaannya sudah mula menyinsing di ufuk kenyataan hidup. Kelantan sudahpun dapat ditawannya. Berikutnya beliau telah dipilih untuk mengetuai kabinet Kerajaan Islam di negeri ini.

“Semacam ada persafahaman antara para malaikat di langit dan para pengundi di bumi,” kata Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ketika mengulas kemenangan PAS dan Angkatan di dalam pilihanraya umum yang baru lalu.

Selaku Menteri Besar, Tuan Guru Haji Nik Aziz telah membuktikan keupayaan dan kecekapan beliau memimpin kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah yang baru sahaja jatuh ke tangannya itu. Pelbagai saranan dan pembaharuan yang membina telah diperkenalkannya.

Beliau memotong gajinya sebanyak 40 peratus untuk Tabung Kewangan PAS Negeri Kelantan. Beliau enggan menerima elaun tahunan untuk menyediakan pelbagai juadah kerana menyambut hari raya. Beliau memberi amaran supaya para Exco, ADUN dan kakitangan kerajaan tidak melibatkan diri di dalam apa jua bentuk rasuah dan penyelewangan. Dan beliau mengambil pelbagai langkah lain lagi bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan Islamik.

Ketaralah, di sebalik tubuh yang kecil itu, terhimpun segala kekuatan dan keberanian yang boleh melemahkan pihak musuh, betapa pun kuat dan ramai bilangan mereka.
TGNA TELAH MEMPAMERKAN PRESTASI CEMERLANG DALAM MENTADBIR URUS SOSIAL DAN EKONOMI NEGERI KELATE SELAMA TEMPOH LEBIH 18 TAHUN MENERAJUI KERAJAAN. BUDAYA POLITIK “LUARBIASA” MASYARAKAT KELANTAN MAMPU DITANGANINYA DENGAN SEMPURNA. RAKYAT KELANTAN SECARA UMUMNYA AMAT MENGASIHI BELIAU, TIDAK KIRA BANGSA DAN AGAMA MALAH ANEHNYA, WAIMA AHLI DAN PEMIMPIN UMNO NEGERI TURUT MENZAHIRKAN HORMAT DAN SAYANG KEPADA BELIAU. SARANAN DAN TEGURAN TGNA TIDAK AKAN SESEKALI DIPANDANG SEPI OLEH MASYARAKAT. DENGAN DIALEK KELATE NYA YANG ‘PURE’, TGNA SENTIASA ‘ALERT’ DENGAN PERSEKITARAN SOSIAL, BUDAYA DAN POLITIK SEMASA. SETIAP KALI ITU JUGA, APA SAHAJA YANG LAHIR DARI MULUT PEMIMPIN BERTARAF ULAMAK INI, AKAN DIPERKATAKAN DAN DIAMBIL BERAT OLEH SEMUA. JADI SARANAN DAN PERINGATAN TGNA KALI INI, JANGAN BELI BARANG SELUDUP!! HARAM!.. SANGGUP MAKAN HASIL HARAM?.. MUNGKIN BAGI ANDA ADA YANG SANGGUP, BAGAIMANA ANAK ISTERI ANDA? SANGGUP TENGOK MEREKA DIBAKAR API NERAKA KERANA MAKAN DARI SUMBER YANG HARAM?.. SEKADAR BERTANYA.

0 ulasan:

Halaman

Pengikut

About This Blog

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP